? ??????????????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.9 (8 Ratings)??72 Grabs Today. 16541 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Vibrant Swirls? ????? ?? ???Rating: 4.6 (61 Ratings)??68 Grabs Today. 17608 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Soul Bl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 2, 2009

Reflection # 2

Sebaik sahaja aku selesai menyaksikan rakaman video”microteaching” aku, terus sahaja aku mencoret refleksi ini. Aku percaya semua rakan sekelasku bersependapat denganku bahawa rakaman ini dapat membantu kami meneliti kelemahan-kelemahan yang kami lakukan semasa “microteaching” sama ada kami sedari atau tidak sedari atas kelemahan tersebut. Daripada rakaman ini serta komen daripada Dr Nurul sendiri, aku akan cuba membaiki kelemahan yang ada. Tanpa merewang lebih jauh lagi adalah lebih baik aku teruskan sahaja kepada permasalahan utama aku semasa “microteaching” pada 11 May 2009 yang lalu.
Kemahiran yang perlu aku terapkan dalam “microteaching” ialah “reinforcement skill”. Oleh itu, pada hari tersebut aku telah menerapkan unsur nyanyian bagi mewujudkan suasana ceria semasa sesi pengajaran di samping untuk memberi kelainan daripada kebiasaan rakan-rakan sekelasku lakukan dalam “microteaching” mereka sebelum ini. Berdasarkan teori yang aku baca dari internet, unsur nyanyian adalah salah satu cara untuk memotivasikan pelajar supaya mereka lebih berminat untuk mengikuti pengajaran Fizik selain dapat membantu pelajar memahami serta mengingati konsep yang dipelajari dengan mudah melalui lagu dan ciri-ciri yang dinyatakan ini menepati salah satu tujuan “reinforcement skill” iaitu membantu pelajar mempertingkatkan kefahaman mereka (increase students’ understanding) terhadap topik yang diajari. Mungkin kaedah pengajaran aku ada menepati komponen “reinforcement skill” tetapi oleh kerana lirik lagu yang aku sediakan tidak begitu bertepatan dengan konsep sebenar tajuk yang aku fokuskan iaitu “Kinetic Energy and Potential Energy” serta pemilihan lagu yang tidak sesuai di mana lagu yang dipilih tidak dapat diikuti sepenuhnya oleh pelajar membuatkan aku tidak memperolehi gred yang begitu memuaskan untuk “microteaching”. Itulah permasalahan utama aku dalam “microteaching” ini iaitu pemilihan lagu dan lirik yang tidak bertepatan.
Punca utama yang aku rasakan perkara ini terjadi adalah disebabkan aku membuat segala persediaan di saat akhir iaitu sehari sebelum “microteaching” dijalankan. Baik dari pemilihan lagu, penyediaan lirik mahupun aliran perjalanan (flow) semasa sesi “microteaching”, semuanya dilakukan di saat akhir. Itulah aku. Begitu gemar membuat sesuatu kerja “last minute” sejak daripada zaman sekolah sehinggalah ke hari ini, sikap ini tidak pernah berubah. Beberapa orang berpendapat dalam satu sesi “on-line forum” di internet menyatakan perlaksanaan kerja di saat akhir mendatangkan banyak keburukan. Antaranya ialah kerja yang terhasil adalah tidak begitu memuaskan dan tidak menjadi seperti yang diharapkan serta lebih cenderung untuk melakukan banyak kesalahan dan pengeluaran idea adalah terbatas. Inilah keadaan yang telah terjadi pada diriku. Walaupun perjalanan pengajaran berjalan seperti yang dirancang tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan disebabkan terdapat komen daripada Dr Nurul tentang lirik lagu di mana beliau tidak begitu berpuas hati dengan lirik tersebut kerana terpesong daripada konsep sebenar. Dr Nurul juga telah memberi komen mengenai pemilihan lagu yang tidak “catchy” serta tidak sesuai dengan lirik. Dari sini aku mula sedari bahawa aku tidak boleh terbawa-bawa sikap aku yang begitu suka membuat “last minute preparation” ini apabila aku bergelar guru kelak. Ini kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada pelajar aku sendiri di mana pelajar tidak akan memperolehi “input” yang sebaik mungkin dari aku dan ini akan membuatkan pelajar memberi prestasi yang tidak memuaskan akibat kesalahan yang dilakukan oleh aku.
Kurangnya pengetahuan yang mendalam tentang tajuk yang aku fokuskan iaitu “Kinetic Energy and Potential Energy”, juga menjadi faktor penyumbang kepada permasalahan aku ini. Akibat tidak mempunyai “content knowledge” yang kuat, maka inilah yang terjadi di mana lirik yang dihasilkan tersasar dari maksud sebenar dan wujudnya “misconception” di sini. Rangkap yang ketara kesalahannya dan telah dikomen oleh Dr Nurul sendiri adalah pada rangkap kesebelas iaitu “energy that’s waiting is potential energy”. Daripada konsep yang aku faham tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan dalam sesesuatu sistem fizikal dan mempunyai keupayaan untuk ditukar kepada bentuk tenaga yang lain seperti tenaga kinetik dan sebagainya. Oleh itu, ianya harus menunggu seketika sementara ditukar kepada bentuk tenaga yang lain dan dari kefahaman inilah yang menyebabkan aku mengatakan “energy that’s waiting is potential energy”. Di sinilah “misconception” terjadi. Dari latihan “microteaching” ini ianya meningkatkan kesedaran (awareness) aku bahawa betapa pentingnya seorang guru itu mempunyai “content knowledge” yang tinggi supaya tidak timbul keadaan di mana guru memberi ajaran sesat kepada pelajar. Teringat aku kepada kata-kata Dr Nurul dan Dr Razak yang sering mengingatkan kami, bakal guru Fizik, supaya penuhi dada dengan ilmu Fizik yang mendalam dan perlu mempunyai “content knowledge” yang tinggi untuk menjadi guru yang disegani selain untuk megelak perkara yang tidak diingini seperti “misconception” terjadi.
Penyebab kepada pemilihan lagu yang tidak sesuai adalah kerana aku tidak mengambil kira sama ada lagu tersebut sesuai (tally) atau tidak dengan lirik serta kebolehan pelajar untuk mengikuti lagu tersebut juga aku tidak memberi perhatian tetapi aku hanya memikirkan lagu yang popular sahaja dan rentaknya yang rancak bagi mewujudkan suasana yang ceria di dalam kelas. Ya, aku akui memang pelajar tidak dapat mengikuti sepenuhnya nyanyian tersebut memandangkan ianya agak sukar untuk dipadankan dengan lirik lagu kerana lirik tersebut agak panjang dan perkataannya agak sukar disebut. Ini menyebabkan pelajar hanya lebih teruja untuk menyanyikan rangkap yang ada menyebut “yaya” sahaja daripada rangkap lain. Malah daripada rakaman “microteaching” aku dapati terdapat juga pelajar tidak menyanyi.
Bagi mengelakkan perkara seumpama ini terjadi lagi di kemudian hari, justeru aku cuba untuk mengenalpasti cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pertama aku akan cuba mengubah sikap aku yang gemar membuat kerja di saat-saat akhir kepada seseorang yang akan melakukan persiapan di awal hari dengan sentiasa memotivasikan dan mengingatkan diriku sendiri akan akibat buruk jika membuat semua kerja di saat akhir dan kejadian ini sebagai contoh. Aku juga akan sentiasa mengingatkan diriku bahawa masa tidak akan menunggu aku dan aku juga tidak akan mampu untuk mengembalikan masa yang sudah jauh berlalu dan kerana aku adalah bakal guru, jadi aku harus menunjukkan sikap yang baik kepada anak murid. Seorang guru perlu melakukan kerja dengan teliti untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan guru tidak boleh membuat kerja dengan sambil lewa bagi mengelakkan hasil kerja yang tidak berkualiti.
Aku juga akan memastikan aku meguasai sepenuhnya “content knowledge” Fizik bukan sahaja seperti mana yang terdapat dalam sukatan pelajaran tetapi aku harus juga mendalami ilmu Fizik di luar sukatan untuk mengelakkan aku berkata “tidak tahu” apabila pelajarku bertanya kepadaku selain supaya aku dapat mengajar dengan baik serta penuh yakin apabila dada sudah dipenuhi dengan ilmu. Aku akan cuba mendapatkan bimbingan dari Dr Nurul serta rakan-rakan bagi tujuan ini. Setiap perkara tentang Fizik yang diajar oleh Dr Nurul akan aku cuba memahaminya dan mencatatnya supaya ianya boleh dijadikan sebagai panduan di sekolah kelak. Aku juga akan melakukan ulangkaji semua tajuk-tajuk Fizik seperti yang terdapat dalam sukatan untuk memulihkan ingatan aku tentangnya memandangkan aku sudah lupa kebanyakan daripada konsep-konsep Fizik tersebut.
Sekiranya aku ingin menerapkan unsur nyanyian semasa P&P di sekolah kelak aku akan pastikan pemilihan lagu adalah sesuai dengan lirik dan senang untuk pelajar ikuti dan apa yang telah dilakukan oleh rakan sekelasku Fong May Yee di mana dia telah memilih lagu “Rasa sayang” sebagai medium untuk menyimpulkan tajuk “Pressure” semasa sesi “microteaching” yang lalu akan aku jadikan contoh. Lirik yang dihasilkan oleh Fong lebih ringkas berbanding aku. Dengan ini pelajar lebih senang untuk mengingati nyanyian tersebut. Mungkin, di sekolah kelak selepas menghasilkan lagu serta lirik tersebut aku akan meminta pandangan daripada rakan-rakanku dan mungkin aku cuba mempraktikkan nyanyian tersebut kepada beberapa pelajar lain sebelum aku mempraktikannya di dalam kelas aku. Dari sini aku boleh dapat memastikan kelemahan yang wujud.
Bak kata pepatah, “belajar melalui pengalaman”. Ya, aku sangat setuju dengan pendapat ini kerana melalui pengalamanlah kita akan berusaha memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan di masa lalu dan cuba untuk tidak mengulanginya kembali. Begitu juga dengan aku. Aku akan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang telah aku lakukan semasa “microteaching” ini supaya aku tidak ulanginya lagi untuk sesi “macroteaching” serta semasa sesi P&P sebenar di sekolah kelak. Bagi sesi “macroteaching” nanti aku akan elakkan untuk membuat kerja “last minute” dengan cuba menyiapkan “lesson plan” dengan lebih awal dan menunjukkan kepada Dr Nurul untuk memperbetulkan kesilapan supaya semuanya akan berjalan dengan lancar kelak. InsyAllah....





0 comments: